Thursday, 9 April 2015

Pn Hjh Azizah Bt Abdullah

KERJAYA  AEROANGKASA
Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA), juruteraaeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat di dalam mana-mana peringkat penyelidikan dan pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkumanatmosfera bumi. Jurutera astronautikal pula terlibat dalam bidang penerbangan di luar rangkuman atmosfera bumi. Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan jurutera, saintis serta juruteknik aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dankemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis mengelolakan peraturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh juruteradalam proses penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahir mengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula, bertindak membantu kerja kerja jurutera dan saintis.Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yanglebih kurang sama dengan pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain. Kebanyakan kerjadijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal penyelidikan.Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan denganaeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran berkaitan dengan sainsdan matematik diberikan penekanan yang sewajarnya. Ini termasuklah matematik modendan tambahan serta fizik. Kursus komunikasi seperti bahasa inggeris juga tidak bolehdiabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagimenyelesaikan masalah kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah amat wajar  bagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan yang kompleks dalam bahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang difahami.

Bidang berkaitan dalam kerjaya aeroangkasaAnalitikal
https://html2-f.scribdassets.com/6f9pycsnnke12i/images/1-1180b24ba9.png
 
Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa datayang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasansesuatu bahan.

Komputasi Dinamik Bendalir
Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi permukaan pengangkat (lifting surface).

Analisa Kos
Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang bolehdipilih untuk diberikan kontrak kerja.

Rekabentuk 
Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukansusunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluanyang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialahmerekabentuk pesawat terbang.

Perkhidmatan pengguna
Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaandengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan penggunadapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluansemasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama rapat denagn juruterarekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.

Ujian Penerbangan
Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan datadata dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalammencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam
meningkatkan serta memastikan tahap prestasi pesawat yang baru dicipta didalamkeadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar..

Pengurusan
Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman danmempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitandengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yanglain.

Pengeluaran
Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukan bahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Jurutera pengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasiyang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.

Pemasaran
Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelangan baru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikatserta memastikanpelangan menerima produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.

Bahan dan pemerosesan
Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnyaialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.
Perisian sistem
Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistemaeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik.

Bidang berkaitan
Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukandidalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yang berkaitan dalam penentuan keboleh-harapan, keselenggaraan, ketahanan, sertakeseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.

Kelayakan minima
Kelayakan minima untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjanamuda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan Ph.D pula boleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon pekerjaan. Bagimenjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuankejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya inidiperolehi dengan mengikuti kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusat pengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan / institut Jurutera Berdaftar.Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan jurutera memperolehi sijil pendaftaransebelum berkhidmat. Lembaga Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal selia jurutera jurutera diMalaysia dan pendaftaran jurutera professional pula dikendalikanmelalui Institut Jurutera Malaysia.
Jangkaan kerjaya masa hadapan
Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, peluang pekerjaan bagikesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan.Syarikat syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukarandalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan masa kerja, pengurangkan perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikankakitangan. Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai olehnegara maju seperti Amerika Syarikat.
Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% dari pekerjaan baru yang ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat darikakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan lama kerana bertukar kelokasi lainatau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidangaeroangkasa adalah menerusi proses ini.Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya bilangan pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakandalam bidang mekanikal, elektrikal, kimia dan lain lain.Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidang penerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin perkembangan industri pembuatan pesawat terbang dan industri penerbangan awam.Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awamtelah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawatterbang 'gergasi' seperti Boeing serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil sepertiIPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME diMalaysia.

saraan purata kerjaya
Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat.
Purata saraan tahunan permulaan bagi jurutera berkelayakan bacelor dibidangbidang berkenaan adalah...

Aeroangkasa..........................$30,860
Kimia...................................... 39,204
Awam..................................... 29,809
Elektrikal................................. 34,840
Industrial................................. 33,267
Mekanikal............................... 35,051
Metalurgikal............................ 33,429
Perlombongan......................... 32,638
 Nuklear................................... 33,603
Petroleum................................ 38,286
Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah ...

BA/BS................................... $34,100
MS.......................................... 40,200

PH. D...................................... 55,300


Kredit : Pn Hjh Azizah Bt Abdullah

No comments:

Post a Comment