Ujian Kerjaya

Berikut merupakan beberapa jenis ujian yang dapat membantu anda untuk lebih mengenali kemahiran dan bakat anda sendiri

*Sila muat turun dokumen untuk menjalankan ujian yang dipilih. 
1. Ujian Self Directed Search (SDS)
Dr. Holland memperkenalkan teknik yang dikenali sebagai Self-Directed Search. Melalui Self Directed Search pelajar boleh mengarahkan dirinya sendiri bagi mengenali minat dan jenis personaliti yang dimiliki. Teknik ini tidak memerlukan bimbingan daripada orang lain. Bagi melakukan teknik ini, pelajar hanya perlu mengikut arahan yang telah disediakan. Menurut Dr. Holland, terdapat 6 jenis personaliti iaitu RIASEC (Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional) serta 6 jenis persekitaran iaitu RIASEC. Justeru, individu akan mencari persekitaran yang membenarkan ekspresi diri. Di samping itu, tingkahlaku individu seperti motivasi, pencapaian, kepuasan, produktiviti dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dan jenis persekitaran. Berikut merupakan contoh padanan karakteristik personaliti individu dan persekitaran karier berdasarkan Self-Directed Search.
2. Inventori Personaliti Sidek 

Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur ataumengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi,Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal,Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuanuntuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.


3. Inventori Nilai Pekerjaan Sidek

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) adalah inventori yang digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori Nilai Pekerjaan ini mempunyai format jawapan skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS) dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu.


4. Inventori Personaliti Warna

Sidek Mohd Noah  telah membina suatu alat ukur yang dinamakan Inventori Personaliti Warna dan item-item personaliti tersebut telah diperincikan Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya mengikut sifat-sifat dominan setiap jenis personaliti dalam inventori itu. Mengikut beliau, personaliti warna melalui inventorinya boleh dibahagi kepada empat, iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga. 


5. Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)

Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) telah diperkenalkan oleh Hans Jurgan Eysenck menggunakan pendekatan faktorial. Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947 melibatkan psychiatric ratingberdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang yang mengalami neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama adalah faktor Neurotisme (N) dan faktor Ekstroversi (E). Alat ukuran MPI dikatakan berupaya mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstrovensi. Alat ukuran ini kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI).









No comments:

Post a Comment